Saturday, March 26, 2011

Bakat yang ada pada semua orang..

Assalamualaikum...


                Matlutfi90: Jiran baru.. awesome wey.
Kelakar bila dia cakap olahragawan ketegori rabun. hahaha.....
tak semestinya.. tengok bapak, bapak panas baran saya tak..pangpangpangg hahaha
Elok sikit na, aku mana ada panas baran.
mungkin dia tak pandai akademik tapi kut2 dia teror masak, main yoyo, origami.
addmate bapak dia pun tak lulus. hahahahahaha
kelakar gila wey..




accept differences (music) pun awesome gak! aku suka matlutfi. Hehe. Bakat yang dia ada betul-betul buat aku respect kat dia. Go matlutfi Go!!


Dengan adanya youtube yang hanya download file masuk laptop, semua benda boleh buat kan? Kalau ada keberanian, semua impian boleh jadi kenyataan. Sama ada kita mahu atau tidak je betul tak?
Selain tu, ada jugak video dari orang lain yang awesome, tapi so far yang ni dulu aku nak kongsi k.
Aku yakin yang semua orang pun setuju dengan pendapat aku kankankan??? Even aku tahu yang aku paling lambat tahu benda alah ni, satu mesia da kenal Matlutfi tapi aku baru terhegeh-hegeh macam kura-kura nak cerita kat korang tapi aku tak kisah pun semua tu. Aku tetap nak cerita dan paling penting aku suka style dia.=)
Yang paling penting aku nak cakap tak de apa yang mustahil lagi untuk negara yang serba moden ni. Siapa-siapa boleh buat, tak de yang boleh TIDAK. Semua kat hujung jari je babe. Sama ada kita nak atau tak je.


Wassalam....

Impian.. Impian.. dan Impian??

Assalamualaikum...=)


Aku memang bersemangat sikit nak tulis hari ni sebabnya aku nak kongsi apa yang aku rasa bila aku berpeluang untuk menunaikan impian aku sendiri. Semua orang ada impian tersendirikan? Tipulah kalau korang tak de impian. Cuma bezanya tunai atau tak je impian kita tu. Aku selalu berangan nak jumpa Prince Charming yang boleh bawak aku untuk menunaikan impian aku ni. Maaflah kalau aku bersikap metralistik sikit, tapi rak salahkan aku mempunyai jiwa sebegitu? Sebabnya aku tahu yang semua orang mempunyai cita rasa yang sama macam aku, so, tak payah nak nafikanlah wey. Hehe. Ok, stop kat sini sebabnya aku bukan nak cerita pasal lelaki tapi nak cerita pasal apa yang aku nak dalam hidup ni kalau aku ada peluang untuk tunaikan impian aku tu.


Kalau tiba-tiba ada orang kaya datang jumpa aku than tanya apa yang aku nakkan dalam hidup ni and dia bagi aku 3peluang untuk pilih(macam cerita aladdin sikitla) aku akan pilih dengan rakus dan tanpa menoleh kebelakang. So, suka kau lah kalau nak cakap aku berlagak ke, sebabnya aku bukan pedulik pun dengan semua tu(muka jahat,kalau macam ni memang takla kau dapat tunaikan impian kau). Pertama aku akan pilih untuk jadi kaya. Bila dah kaya aku boleh beli apa yang aku suka. Tak payah susah-susah nak cari duit lagi kan? Than aku dah survey apa yang aku nak beli bila duit yang berbillion-billion jadi hak milik mutlak aku. Jom check..


Hello Kitty House yang tak salah aku ada kat Jepun kot! Aku pun tak pasti.(jangan salahkan aku kalau ter auta ea)


Cantik tak? Aku respect dengan hiasan dalaman dia yang penuh dengan cartoon Hello Kitty. Sofa Hello Kitty, ruang tamu Hello Kitty, bilik tidur Hello Kitty, senang kata semualah Hello kitty. Kalau aku dapat rumah ni, sumpah aku takkan keluar rumah. Biarlah orang kata aku tak bercampur orang sekalipun. Aku ada rumah, rumah aku cantik. Kau nak kata aku budak-budak pun aku dah tak kisah sebabnya aku tahu, kau pun nak rumah macam ni kan? Sakit hati? Lu pikirlah sendiri. Hehe. (Aku pun tengah sakit hati ni sebabnya aku pun tak boleh dapat rumah cantik macam ni). 


Ok, duit aku banyak lagi so, aku boleh tamak memilih. Dalam tamak-tamak ni pun, ada jugak tersimpan sedikit unsur keislaman supaya aku tak de lah nampak macam tak bersyukurkan? Aku pun ada hajat nak bawak parents aku pergi makkah, sebabnya memang sunat untuk orang yang mampukan. Membahagiakan parents adalah satu-satunya impian aku yang masih dalam proses untuk tercapai. Melihat mereka tersenyum dari setiap sudut, tanpa memikirkan masalah yang bakal melanda. Tak de sebab nak mengalirkan air mata. Pengorbanan mereka terlalu besar dan masih belum mamapu untuk aku balas. Mak, ayah. Adik sayang sangat dengan mak&ayah. Semoga Allah menjadikan aku anak yang soleh sampai bila-bila walaupun kadang-kadang aku ada membidas kata-kata mereka. Aku pu tak tahu kenapa, mungkin di sebabkan darah remaja yang wujud dalam jiwa aku ni agaknya.


Lambaian kaabah. Memang menjadi impian ibu dan bapa untuk melangkah ke tempat ini. Sungguh indah ciptaanmu ya Allah.


Bila dah ada rumah, boleh bawak mak&ayah pergi makkah, tak lengkaplah kalau tak de kereta kan? Duit dah banyak, kereta pun tak mampu nak beli ke? Nanti nak pergi mana-mana, kena hujan, kulit jadi hitam kena panas tahu lah! Dala sekarang hujan tak baik untuk kesihatan, lainlah macam hujan dulu-dulu, segar lagi, sebab tak banyak pembinaan. Jangan kedek la wey!! Ceh..Bagi ceramah kesedaran jap! Hehe.
Aku ada angan-angan nak pakai mini cooper. Sesuailah dengan aku ni, tak payahlah nak mewah-mewah sangat, nanti kena rompak baru tahu! Comel pun comel. Kecik pun kecik, harga pun tak de lah mahal sangat kot.(orang kaya bila bersuara). Cukuplah untuk mak&ayah aku naik, yang lain kalau nak ikut nanti aku sewa bas, tak payah nak menyibuk naik dengan aku ea. Wa.. sombongnya kau, aku bakar muka kau nak?


mini cooper, yeyyey, mini cooper. Eee.. Comelnya. Geram aku, nak-nak pulak warna kuningkan. Jangan tiru ea.Hehe


Itulah antara impian yang aku nak sangat tunaikan tapi tak mungkin akan tertunai. Yang lagi dua permintaan tu aku simpan je. Mungkin aku akan pilih pergi melancong kat luar negara dan satu lagi tu belum terfikir nak menyimpang kemana. Yang pergi makkah tu insyaallah akan tertunai. Tapi yang Hello Kitty house tu? Mini cooper tu? Boleh ke? Impossible la wey. Berangan saja-saja lah kau! Well, korang jangan salah faham ea. Aku masih berpijak di bumi yang nyata. Itu hanya impian sahaja,  jadi kenyataan atau tak belakang kira. Yang penting aku ada angan-angan. Korang pun mesti ada jugak betul tak? 
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, dah cukup sempurna hidup dan keselesaan yang Allah bagi, untuk jadi kaya, hanya sekiranya aku di beri peluang, tapi aku lagi selesa hidup macam ni kot! Kaya tak kaya, miskin pun tak. Sedang elok je. Sebab aku tahu, kalau kita kaya itu mungkin ujian yang paling besar untuk kita and seriously aku tak nak ada kat tempat tu, walaupun kita cakap yang kita tak kan sombang dan tak kan lupa daratan, tapi sekuat mana iman kita untuk nafsu dan kehendak kita. Aku selasa dengan hidup aku sekarang, aku tak pernah merungut pun setakat ini. Alhamdulillah. Dan aku harap korang kat luar sana pun sama macam aku ok. Chilll=)


P/s: Apa sahaja yang tertulis di atas sana adalah rekaan semata-mata. Tak de kena-mengana antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Maafkan kalau ada tersilap kata, tersalah tulis sebabnya aku hanya manusia biasa. Kesilapan memang taak pernah lari sari hidup aku. Wassalam..

Friday, March 25, 2011

Celebrity oh Celebrity

                 Assalamualaikum..


Entry yang aku nak tulis kali ni takde lah penting mana, saja menggedik cerita-cerita. Boring kot. So, aku nak kongsi pasal celebrity yang aku suka sangat-sangat sampai terbawak dalam mimpi. Aku kalau minat sorang artis ni, menggoogle malam-malam pun sanggup, asalkan dapat tengok muka dia puas-puas.


 Tom cruise.. hensem kan?? Bagi aku, ni la rupa dia yang paling menambat hati kot!


Masa aku baru-baru nak masuk sekolah menengah, aku memang tak kenallah siapa Tom Cruise ni, sebabnya aku mana ada layan sangat artis-artis barat ni, kalau ada pun, macam-macam tu je, tak delah sampai macam sekarang ni, pantang tengok pelakon yang hansem kat tv, terus berlari macam lipas kudung masuk bilik than search kat google.haha! Bila member cerita je pasal dia, aku buat muka loser. Memang tak kenal gila aku cakap dengan kau. Tapi masa tu tak kan nak cakap yang aku tak kenal an, nanti di kata pulak buta dunia hiburan. Tak nak aku. But now, bila aku rajin tengok cerita omputih, rajin menggoogle, baru aku kenal siapa dia. Memang hensem yang tak dapat di gambarkan. Sungguh indah ciptaan Mu ya Allah. Ha..tu lah kau, orang dah ada kat bulan, kau masih lagi terhegeh-hegeh kat darat lagi. Ok! terus dengan perangai yang entah pape kau tu!


          jonhy depp! pun ciptaan allah yang paling indah.


Aku selalu berangan nak jumpa dengan Jonhy Depp. Aku pun tak paham kenapa! Bila aku dah suka, semua benda aku nak tahu pasal dia, mana tempat tinggal dia, besar mana rumah dia, kereta apa yang dia pakai, banyak mana aset yang dia ada, dengan siapa dia selalu tidur(orang barat kan..tak sah tak de adat tidur-tidur ni) kalau boleh, wedding dia pun aku nak pergi.(layakla sangat kan)hehe!


orlando bloom. apa lagi aku nak cakap ni? hensem jugaklah!


Dia ni pun masalah jugak kat aku. Cuba kau suka kat aku, kan bagus!haha. Memang takla kan. Papehal biar aku cakap sorry dulu, sebabnya aku memang rakus sikit kalau nampak lelaki hensem macam ni, semua nak suka. Hai.. Nama pun berhak memilih kan. So, apa salahnya aku pilih siapa-siapa yang aku suka, dia nak suka kat aku ke tak, tu belakang kira ok! Ada aku kesah!! Dia nampak hensem bila macam nilah. Tengok tu, humangaii, sweet lak ai. Muka macam budak-budak je. Makluman ea. Puas aku menggoogle dan hasilnya, aku puas dengan photo dia yang ni. Muka dia yang ni buat mata aku jadi tak tenteram, nak pandang banyak kali. Well, lain orang lain cerita rasa, kalau cita rasa aku tak sama dengan korang, jangan nak salahkan aku pulak ea. Korang google sendiri nanti. Hehe.




Akhir sekali, ashton kutcher. Kalau yang ni korang cakap tak hensem, mungkin korang ada masalah dengan dia. Dengan rupa dia, aku tahu semua orang mengakui tentang ketampanan wajah yang di miliki. Ceh.. Bm sungguh ayat mu fika! Nak-nak pulak photo dia yang ni, pakai suit. Fuh~ memang macho la kan. Aku nak cakap apa lagi? Dia memang memenuhi cita rasa semua wanita. Cuma cerita dia je aku jarang join sebabnya tak de masa nak tengok wayang, kalau free sikit pun tengok trailer kat utube. Sedih gila an?Kepada  Ashton, even aku jarang tengok lakonan kau, tapi aku tetap minat kau. Even masa tu kau tengah melalak dan meraung dengan muka paling hodoh sekalipun, kau tetap haensem kat mata aku. Hehe. Banyak bermadah kau ea. Lempang nak?


Even aku jarang support artis mesia, tapi aku tetap ada idola aku tersendiri.(ayat selamat supaya tak di anggap lupa daratan) Lagipun, aku sokong artis barat bukan fanatic sangat sampai berhabis duit nak tengok konsert diorangla, sanggup berhabis beratus-ratus semata-mata nak jumpa diorang sedangkan tak dapat jumpa pun. Minat aku, minat macam-macam tu je. Baik aku simpan duit tu pergi shoppig lagi bagus! Artis mesia pulak banyak mengundang kontroversi, so aku malas nak join. Melodi pun kadang-kadang je aku tengok, tu pun kalau dah tak de cerita sangat. Dulu aku minat Zakuan Adha, habis dia dah ada Ayu sekarang, malas nak suka lagi dah. =)

Sahabat!! Ceritara kita...

Salam. . . .


           papehal gua letak gambar dulu, hehehe.....


   Hari ni aku nak cerita pasal kawan-kawan aku masa kat sekolah dulu. Tak delah 'dulu' sangat tapi dah lama jugakla, zaman sekolah kan. Kat sekolah aku ada 3 orang kawan, kat rumah memang tak de kawan langsunglah, sebabnya aku kat rumah macam katak bawah tempurung, duduk rumah je, tak bercampur dengan orang langsung. Kat sekolahlah aku banyak habiskan masa borak dengan kawan-kawan aku. Masa kat sekolah dulu, aku kawan dengan semua orang tapi bila bab berkongsi rahsia, bukan taste aku lah nak berkongsi ramai-ramai kan! 3orang jelitawan ni lah yang banyak bagi sumbangan berupa semangat kat aku, dioranglah kawan masa aku susah, masa senang dan masa aku nak mengumpat. hahaha(ketawa jahat). Hebatnya diorang kat mata aku ni sebab diorang paham apa yang aku rasa, dan pada masa yang sama diorang banyak bagi pendapat yang kebetulan sama pendapat dengan aku. Apa yang aku fikir sama dengan apa yang diorang fikir. Pendek kata, diorang memang terbaiklah!!


   Dengan adanya diorang aku rasa bersemangat nak pergi sekolah,bukan nak cakap aku pemalas sekolah, tapi at lease bila ada kawan nak gossip rasa tak de lah boring sangat sekolah tu kan. Pagi-pagi, bila nak pergi sekolah je,mesti aku malas, masa tu barulah merungut 'bilalah nak abis sekolah ni, nak pegang duit sendiri, nak kerja, tak payah buat kerja sekolah lagi, tak payah nak bangun malam-malam study. boring kot..' dan bila sekolah dah abis, barulah gedik cakap 'rindu nak sekolah balik, rindu nak gossip dengan kawan-kawan', u know what! Tiap kali aku datang sekolah, mesti ada topic yang nak kitorang bualkan. Ada je benda nak cerita, aduh! Memang bestla. Kadang-kadang benda yang tak de kena-mengena dengan kitorang pun nak jugak jadikan gossip hawt. Bila zaman tu berlalu je, rasa sunyi yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Rasa nak gelak macam dulu pun jadi kurang. Bila aku start kerja, rasa tak sama sangat dengan suasana zaman sekolah. Dengan member yang tak sekepala lagi. Nak merungut pun dah tak guna, sebab benda yang dah berlalu akan tetap berlalu.




          ha...nilah kawan-kawan aku. cantik kan?? korang ada?? hahaha


    Yang kat ujung belah kanan tu nama dia shafiq. Nak ke aku cerita pasal dia? Taknak lah! Nanti korang jeles pulak kan. Dari tepi belah kiri fika,(tapi aku selalu panggil leader je), biha, capik than ikin. Si capik ni macam biskut sikit, kejap ada dengan kitorang, kejap pergi tempat lain. Al-maklumlah, lelaki bukan ramai pun dalam kelas aku tu, 2orang je so, tu yang kejap-kejap hilang entah kemana, cari awek cun-cun. hehehe.. biha jangan marah aku tau!!

    Bila rasa boring je, mulalah kitorang tarik kerusi ramai-ramai, berkumpul kat meja aku. Meja aku, ikin dengan biha. Haa.. Dah nama pun kawan baik kan, meja pun mesti sederet babe. Pastu, bentanglah satu persatu gossip yang kitorang dah sediakan kat rumah satu persatu, ada yang cerita pasal jiran, cerita pasal masalah dengan bf, macam-macam lagilah! Hai.. Nama pun perempuan, mana pernah lari pada gossip kankankan?? Si capik pulak duduk depan kitorang, kadang-kadang join jugak tarik kerusi masa kitorang gossip-gossip. Bila  cikgu masuk je, dia pandai cover line untuk kitorang.(cikgu percaya dia babe) Time cikgu mengajar, kitorang tak payah risau cikgu marah, sebab capik ada untuk beri sepenuh perhatian kat depan. Tu yang kadang-kadang kitorang message-massage pakai kertas cikgu tak perasan sangat sebab capik memang cover line TERBAIK punya!!


     ni lah capik yang aku maksudkan(untuk wajah yang lebih jelas)


      Masa lower form aku dengan member-member memang tak rapat dengan dia, sebabnya kitorang tak kenal lagi perangai dia, so buat apa nak kawan kan?hehehe. Tak delah. Masa lower form waktu singkat, dia pun masuk masa kitorang dah abis orentasi, mana ada masa lagi nak kenal-kenal. Lower form pulak aku ada 4orang kawan, tapi bila abis je lower form, dia dapat tawaran sambung U, tinggallah 3orang. Sungguh sedih dengan perpisahan itu! Nasiblah aku simpan gambar kau maz. Tapi tak pe. Kau tetap segar kat ingatan even kita jarang contact.


korang ikin,biha,fika, aku sayang sangat kat korang(capik tak payah ea)aku selalu doa yang terbaik untuk korang gak.


                                  ikin! kawan aku sampai bila-bila


         sama dengan 2orang cute-cute ni. sayang korang..


    Satu lagi sebelum aku terlupa, miss nuri syazwani. Miss yang hawt dan terbaik pernah aku kenal. Selalu bawak jalan. Hehehe. Nuri, aku sayang kau jugak. Jangan cakap yang aku lupa kau even pic kau tak de kat sini ea. LOVE all my dear friend...


p/s: Sekian sahaja untuk hari ini dari aku. Susungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang memuaskan ini datang dri diri aku sendiri.. wassalam...