Wednesday, April 13, 2011

START FROM NOW!!!

Assalamualaikum...=)



Based on title memang nampak tak de kena-mengena dengan apa yang aku nak cerita ni tapi aku nak kongsi gak dengan korang. Suka kau la nak cakap aku degil macam batu sekali pun. Eh! Apa yang aku melalut ni? Hehehe.
Korang pernah dengar tak pasal cara nak buat duit yang banyak dengan hanya log in facebook? Mesti pernahkan? Bukan takat pernah dengar je, tapi dah jelak dan jemu pulak dengan photo duit yang dok melambak-lambak orang tag kat FB korang kan? Sampaikan album tag korang penuh dengan gambar duit jela betul tak? Bila dah nampak duit macam tu punya banyak, tipula tak heran langsung kan? Dalam masa yang sama, mesti ada yang tertanya-tanya, Eh. mana orang ni dapat duit banyak gila macam ni? Betul ke tak benda ni?? See!! Soalan yang familiar kita akan cakap bila nampak duit yang banyak datang entah dari mana, kita pun tak tahu! Ada yang cakap duit palsu la, duit tipu la, macam skim cepat kaya la. Hye. Biasa la tanggapan kita sebagai manusia. Aku pun mula-mula dulu fikir macam tu jugak, modal Rm100 pulak tu! Macam tak berbaloi je, kene tipu, sia-sia aku di buatnya.


But than, bila aku fikir untuk ke seratus kalinya, aku rasa baik aku join. Yela der, gua ada target sekarang der, gua nak beli nikon coolpix yang gua dok tayang kat sebelah tu, dengan usaha gua yang mengada-ngada ni, mampu ke gua nak pakai camera tu sebelum bulan7, memang tak la gua cakap sama lu der.
Bila aku nekad nak join, aku pikir aku kena tawakal. Kalau hilang duit aku seratus tu anggapla tu bukan rezeki aku. Bukanlah nak cakap yang aku ni banyak duit sangat tapi aku yang ambik risiko, aku lah yang kene  tanggung betul tak? Kalau menjadi bukan takat nikon coolpix, Myvi pun boleh tayang sebijik! Hahaha. Memang riak kau pika.


Masa berlalu begitu pantas, aku dah pun jadi sebahagian ahli infinity(nama link nak buat duit) tu. So far, alhamduliliah, aku boleh dapat untung sikit-sikit. Macam tak percaya kan? Dulu aku duk mengutuk benda alah ni, cakap penipulah, tak datangkan hasil lah. Hari ni aku makan kata-kata aku sendiri. (malu la jap) tapi tak pe, malu-malu aku pun alhamdulilah ada hasil.


Aku cakap dengan korang, benda ni bukan penipu. Siryes!! Kalau ada orang yang betul-betul minat, di alu-alukan sangat untuk join infinity ni. Memang mendatangkan hasil. And sorry la der, ahli infinity bukanlah tergolong dalam orang yang cepat berputus asa. Kalau kau nak cepat putus asa, aku tak galakkan join malah tak bagi langsung! Well, ada ke rezeki datang bergolek kan? Tak kan dah mudah nak mudah lagi? Betul tak? Yang paling penting kita kena usaha untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh ubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. Kalau kita tak nak usaha, memang tak ada jalan langsung untuk kita berjaya. Itu prinsip aku lah!!


So, kepada sesiapa yang minat nak join, boleh contact aku kat no ni 0173700062 for infinity only okey. Kalau selain pada tu tak kan di layan. Atau korang bole email aku KAPPPINEUH_ILLA91@yahoo.com atau inbox aku kat FACEBOOK http://www.facebook.com/fieqa.yussof lambat atau cepat aku akan reply. Jangan risau.


Kat bawah ni aku akan terangkan serba sedikit cara macam mana nak join:





Cara nak join senang je, korang hanya perlu daftar nama sebagai ahli infinity dan cari orang seberapa ramai yang boleh. Pendaftaran hanya RM100. Lepas tu korang boleh rujuk pyramid yang aku sediakan kat atas ni. Yang atas sekali tu koranglah, sebab dah tulis YOU kan!! Raymond dan Alferd tu kawan yang korang dah cari dan duduk bawah korang, empat orang yang duduk bawah Raymond and Alferd tu downline diorang tapi tetap bagi keuntungan kat korang macam dalam pyramid tu tunjuk. Nampakkan, orang yang no2 n 4 jadi milik upline(korang) no1 n 3,5,6,7 dan seterusnya jadi milik Raymond dan Alferd. Macam tu jugaklah bila korang daftar bawah aku, orang yang pertama korang dah cari, duit yang dia bank in jadi pulangan modal korang, hanya no2 dan no4 je pulang kat downline(aku) lebihnya tu korang ambik. Bila dah daftar, korang wajib daftarkan untuk orang yang berminat nak duduk bawah korang. Nampak macam complicated sikitkan? Aku pun mula-mula tak paham, tapi lama-lama ok la. Boleh paham. Kalau korang kurang paham jugak, korang boleh inbox aku kat hp, fb or email bila-bila masa je.


 Serba sedikit penerangan aku. Kalau masih tak jelas lagi, macam aku bagi tahu, just inbox je. Aku akan cuba terangkan dengan lebih lanjut, nak senang lagi call je no aku.


Wassalam...=)

Saturday, April 9, 2011

Opinion :)

Assalamualaikum... :)



See! Dah jelaskan apa yang aku cuba sampaikan? Ok. Siryesly, ni pendapat aku je and sorry sangat-sangat kalau pendapat aku ni terlalu bercanggah dengan pendapat korang kat luar sana. Yang pasti apa yang sedang bermain di kotak fikiran aku ni sama seperti apa yang di katakan oleh anwar hadi. Tentang cara kita menyampaikan pesanan melalui sms atau dalam bahasa skemanya, sistem pesanan ringkas. Kalau nak ikutkan, aku pun kurang sedar tentang kepentingan menghargai bahasa kita ni, yela.. Konon bahasa orang yang berdarah remaja, cool kalau tulis macam tu. Ringkas dan yang penting mudah di fahami la, jimat masa la, tenaga la.Yang comel la tulis macam tu. Hello.. Korang rasa tulis dengan menambah-nambah huruf yang tak sepatutnya tu boleh jimatkan masa ke? jimatkan tenaga? Atau korang akan nampak comel dan cool bila tulis macam tu? Tapi masalahnya nampak ke muka kita dalam telefon tu kalau tulis message? Yang kata boleh nampak comel dan cool. Kalau 3G mungkinla, tapi guna message ke bila 3G tu? Tak kan? 


Aku memberi pendapat bukan sekadar menunding jari semata-mata, tapi adalah atas dasar kesalahan sendiri yang sememangnya baru menyedari tentang hakikat bahawa dengan menulis sebegitu kita tak akan nampak cool atau comel sedikit pun malah kita akan membuatkan orang rasa give up sangat message dengan kita sebab susah sangat nak tangkap apa yang kita tulis. So bila orang tak balas message kau tu, kau paham-paham sudah! Hehehe.. Ok. aku bagi contoh ayat ea.


Situasi 1:


Aku:  Wey, kow at(kat) manw(mane) ney? Aq nga tggu ko jew ney doe.
Die:   Oo. Yekew? Jap lg akuw sam5(sampai) la. Kow tggu jew kat situ.


Pelikkan!! Dengan huruf 'w' yang merayau-rayau tak tahu apa function nya. (bahasa aku dulu-dulu tu) memang tak de sebab langsunglah kalau nak cakap "aku jimatkan page r babe. Credit tak ramai(banyak) ni." Abis huruf 'w' tu jimat sangatlah page kau?? dengan perkataan sampai tukar ke sam5. Memangla ada part yang jimatnya tapi terkial-kial pulak nak paham kan. Kau bagi message nak suruh orang baca, kalau orang tak boleh baca dengan apa yang kau tulis, baik tak payah bagi je. Kau baca sendiri jela, tu lagi baik kan?? 


So, tak naklah tulis entry banyak-banyak sebab masalahnya aku pun sama macam ni. Apa yang Ahmad Hadi sampaikan dah cukup buat kita semua paham, betul tak?  Aku just boleh simpulkan, tak salah kalau kita tulis biasa-biasa je. Sederhana je babe, lagi nampak cool dan mudah untuk di fahami oleh semua golongan.(nasihat dari minah bajet) Tapi betul la, tak de yang specialnya tulis pelik-pelik macam tu, bila kita dah terbiasa, nanti nak bagi message kat parents dah susah pulak diorang nak paham. Ambik masa yang lama tu nak mengeja satu persatu apa yang kita tulis, kesian kat diorang. hm.. so tak de pun istilah jimat masa bila kita dah menaip bagai nak rak tu. Bagai nak cool dan nak comel tapi sebenarnya tak de orang pun ambil peduli pasal hal tu. Aku bagi pendapat bukan sebab aku dah cukup sempurna tapi sebab aku nak jadikan benda ni sebagai renungan kita bersama. Dan sama-sama jadikan panduan dalam kehidupan.=) Anyway Thanks Anwar Hadi. Anda memang betul-betul menyedarkan saya.(kau cakap macam tu sebab kau suka dia kan??) Hehehe


Oklah. Setakat ini dulu entry yang aku nak kongsikan dengan korang. Dan macam yang aku cakap, ini just pendapat, kalau korang rasa macam tak setuju apa yang aku sampaikan, minta maaf banyak-banyak. Aku pun macam tu dulu, lebih teruk kot. Tapi semenjak lahirnya semangat 1Malaysia ni aku baru sedar yang bahasa kita adalah bahasa yang melambangkan jiwa bangsa, so tak de sebab kita nak musnahkannya dengan huruf yang tak sepatutnya kan3?? Apa-apa pun yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk tu sememangnya datang dari diri yang serba kekurangan ini.


Wassallam.....

Sunday, March 27, 2011

Travel with My Big Family (tak de lah Bigg sangat) Huhuu

Assalamualaikum....=)


Sebelah tu gambar aku masa naik bot, sebelah lagi kat zoo. Saje tepek muka dulu.Hehe


Setelah berminggu-minggu menanti dan menunggu, akhirnya hari itu tiba jugak. Hang out with my family. Yeyyy, best gila. Dah lama tak keluar sama-sama, mana taknya, my dad sibuk kerja, dapat cuti pun jarang-jarang, so masa ni lah nak luangkan masa dengan family.=) My mom pulak biasa la dengan bisnes dia, kalau hari biasa tu memang jarang nampak duduk kat rumah. Aku?Hehe. Hari-hari ada kat rumah, kalau orang nak ajak keluar hari biasa pun tak de hal la. On aje. Anytime babe.=)
Kitorang planning nak pergi melaka je, sebabnya aku sibuk sangat nak tengok bangunan sejarah kat situ. Before this memang selalu menepek muka kat situ tapi jalan-jalan, tengok wayang, shopping. Bila da keluar dengan family ni barulah wujud perasaan prihatin dengan sejarah silam. (pandai kau berlakon ea!!)
Than bila dah sampai melaka, tunaikan hajat mak aku nak bawak anak buah aku pergi zoo. Aku pun nak membantah tak boleh sebab sejak dia lahir, saham aku dah jatuh merudum! So, aku pun jadi budak-budak jap layan dia masuk sekali dalam tu tengok binatang.  Parents aku pulak 24hours lebihkan dia, mana-mana pergi semua pasal dia, makan pun lebihkan dia. (Sumpah jealous weyyy) Tapi nak buat macam mana, kau pun dah besarkan! Dah boleh kawin pun, nak jealous pehal!!


            happy family. adik beradik tak ramai pun 3orang je


Pasangan bahagia kat atas tu parents aku. Cool kan diorang? Yang pakai tudung purple tu akak aku yang sulung, yang snap dengan aku tu yang no2. Dalam adik beradik muka kitorang memang lain-lain sikit, kadang-kadang kalau keluar pun kitorang nampak macam member-member je. And ofcoz la dalam aku paling kurus sekali.Hehe. Berlagak kau ea?


                     yang baju merah tu anak buah aku


Oleh kerana adik-beradik aku semua perempuan so, dia jadi hero kat rumah. Dah macam putera raja pun ada. Apa yang dia buat tak boleh siapa pun bantah, kalau aku bantah sikit je, jap lagi aku kena belasah dengan mak aku. Tak adil kan?? Sedih weyy. Tapi kadang-kadang kalau dia degil sangat aku bagi je sebijik penampar, geram punya pasal. Tapi aku tetap sayang dia. Kalau pergi mana-mana, mesti belikan sesuatu untuk dia. Geram-geram pun tak sampai hati. Hehe. Kalau beli mainan ke, kejap lagi jahanam la. Adoi!! Membazir je beli untuk kau dik. Baik maksu topup je tadi. (nampak sangat tak ikhlas)
Tengok tu! Mak aku pegang tangan dia je, aku kat belakang di biar terkapai-kapai. Tak pegang tangan aku pun! Hmm.. Nak merajuklah camni(buat muka sengal jap!)


kak long, kak ngah than yang tengah tu lah aku(macamlah orang tak kenal kau!)


Tulah akak-akak aku yang kalau bergaduh bagai nak runtuh rumah di buatnya. Macam-macam benda boleh jadi isu nak gaduh! Biasalah perempuan kalau gaduh, mulut jadi senjata utama, kalau lelaki lainlah, mulut tak banyak, tangan dah naik dulu. Betul tak? Jarangla nampak adik-beradik tak gaduh. Bila dah gaduh, masing-masing tak nak mengalah. Kalau aku nak mengalah memang tak la kan. Mintak maaf banyak-banyak. Tu yang boss besar marah sangat tu. Nak buat macam mana, kadang-kadang ada je benda yang sakit hati. Tapi selalu kitorang kalau gaduh tak sampai seminggu pun, hari ni gaduh, besok baik balik. Hehe. Memang standard lah tu kan.


ni ha hero power rangers tu! pedang tu pun beli dah berapa ringgit. dengar cakap kau jelah ni kan??


eh..eh.. Kenapa mak kau nampak lagi cantik dan hawt berbanding kau? Mestilah. mak aku memang lagi-lagi cantik dan hawt berbanding aku, baru tahu ke??


saje nak letak muka dan spek mata yang gedabak ni, kalau ada yang sakit jantung jangan clik for the large size tau, terkejut pulak nanti. Hehe


wa.. hansemnya bapak aku pakai rayban. Hehe. mak, gelang tu cover-cover sikit ea. ^_^ i love u both so-so much..


Saje letak gambar yang ni, biar korang dapat tengok dekat-dekat akak aku yang ni sebabnya dia ni memang susah sikit nak tangkap gambar, nah! Hamek kau!!




Sekian wassalam..

Saturday, March 26, 2011

Bakat yang ada pada semua orang..

Assalamualaikum...


                Matlutfi90: Jiran baru.. awesome wey.
Kelakar bila dia cakap olahragawan ketegori rabun. hahaha.....
tak semestinya.. tengok bapak, bapak panas baran saya tak..pangpangpangg hahaha
Elok sikit na, aku mana ada panas baran.
mungkin dia tak pandai akademik tapi kut2 dia teror masak, main yoyo, origami.
addmate bapak dia pun tak lulus. hahahahahaha
kelakar gila wey..




accept differences (music) pun awesome gak! aku suka matlutfi. Hehe. Bakat yang dia ada betul-betul buat aku respect kat dia. Go matlutfi Go!!


Dengan adanya youtube yang hanya download file masuk laptop, semua benda boleh buat kan? Kalau ada keberanian, semua impian boleh jadi kenyataan. Sama ada kita mahu atau tidak je betul tak?
Selain tu, ada jugak video dari orang lain yang awesome, tapi so far yang ni dulu aku nak kongsi k.
Aku yakin yang semua orang pun setuju dengan pendapat aku kankankan??? Even aku tahu yang aku paling lambat tahu benda alah ni, satu mesia da kenal Matlutfi tapi aku baru terhegeh-hegeh macam kura-kura nak cerita kat korang tapi aku tak kisah pun semua tu. Aku tetap nak cerita dan paling penting aku suka style dia.=)
Yang paling penting aku nak cakap tak de apa yang mustahil lagi untuk negara yang serba moden ni. Siapa-siapa boleh buat, tak de yang boleh TIDAK. Semua kat hujung jari je babe. Sama ada kita nak atau tak je.


Wassalam....

Impian.. Impian.. dan Impian??

Assalamualaikum...=)


Aku memang bersemangat sikit nak tulis hari ni sebabnya aku nak kongsi apa yang aku rasa bila aku berpeluang untuk menunaikan impian aku sendiri. Semua orang ada impian tersendirikan? Tipulah kalau korang tak de impian. Cuma bezanya tunai atau tak je impian kita tu. Aku selalu berangan nak jumpa Prince Charming yang boleh bawak aku untuk menunaikan impian aku ni. Maaflah kalau aku bersikap metralistik sikit, tapi rak salahkan aku mempunyai jiwa sebegitu? Sebabnya aku tahu yang semua orang mempunyai cita rasa yang sama macam aku, so, tak payah nak nafikanlah wey. Hehe. Ok, stop kat sini sebabnya aku bukan nak cerita pasal lelaki tapi nak cerita pasal apa yang aku nak dalam hidup ni kalau aku ada peluang untuk tunaikan impian aku tu.


Kalau tiba-tiba ada orang kaya datang jumpa aku than tanya apa yang aku nakkan dalam hidup ni and dia bagi aku 3peluang untuk pilih(macam cerita aladdin sikitla) aku akan pilih dengan rakus dan tanpa menoleh kebelakang. So, suka kau lah kalau nak cakap aku berlagak ke, sebabnya aku bukan pedulik pun dengan semua tu(muka jahat,kalau macam ni memang takla kau dapat tunaikan impian kau). Pertama aku akan pilih untuk jadi kaya. Bila dah kaya aku boleh beli apa yang aku suka. Tak payah susah-susah nak cari duit lagi kan? Than aku dah survey apa yang aku nak beli bila duit yang berbillion-billion jadi hak milik mutlak aku. Jom check..


Hello Kitty House yang tak salah aku ada kat Jepun kot! Aku pun tak pasti.(jangan salahkan aku kalau ter auta ea)


Cantik tak? Aku respect dengan hiasan dalaman dia yang penuh dengan cartoon Hello Kitty. Sofa Hello Kitty, ruang tamu Hello Kitty, bilik tidur Hello Kitty, senang kata semualah Hello kitty. Kalau aku dapat rumah ni, sumpah aku takkan keluar rumah. Biarlah orang kata aku tak bercampur orang sekalipun. Aku ada rumah, rumah aku cantik. Kau nak kata aku budak-budak pun aku dah tak kisah sebabnya aku tahu, kau pun nak rumah macam ni kan? Sakit hati? Lu pikirlah sendiri. Hehe. (Aku pun tengah sakit hati ni sebabnya aku pun tak boleh dapat rumah cantik macam ni). 


Ok, duit aku banyak lagi so, aku boleh tamak memilih. Dalam tamak-tamak ni pun, ada jugak tersimpan sedikit unsur keislaman supaya aku tak de lah nampak macam tak bersyukurkan? Aku pun ada hajat nak bawak parents aku pergi makkah, sebabnya memang sunat untuk orang yang mampukan. Membahagiakan parents adalah satu-satunya impian aku yang masih dalam proses untuk tercapai. Melihat mereka tersenyum dari setiap sudut, tanpa memikirkan masalah yang bakal melanda. Tak de sebab nak mengalirkan air mata. Pengorbanan mereka terlalu besar dan masih belum mamapu untuk aku balas. Mak, ayah. Adik sayang sangat dengan mak&ayah. Semoga Allah menjadikan aku anak yang soleh sampai bila-bila walaupun kadang-kadang aku ada membidas kata-kata mereka. Aku pu tak tahu kenapa, mungkin di sebabkan darah remaja yang wujud dalam jiwa aku ni agaknya.


Lambaian kaabah. Memang menjadi impian ibu dan bapa untuk melangkah ke tempat ini. Sungguh indah ciptaanmu ya Allah.


Bila dah ada rumah, boleh bawak mak&ayah pergi makkah, tak lengkaplah kalau tak de kereta kan? Duit dah banyak, kereta pun tak mampu nak beli ke? Nanti nak pergi mana-mana, kena hujan, kulit jadi hitam kena panas tahu lah! Dala sekarang hujan tak baik untuk kesihatan, lainlah macam hujan dulu-dulu, segar lagi, sebab tak banyak pembinaan. Jangan kedek la wey!! Ceh..Bagi ceramah kesedaran jap! Hehe.
Aku ada angan-angan nak pakai mini cooper. Sesuailah dengan aku ni, tak payahlah nak mewah-mewah sangat, nanti kena rompak baru tahu! Comel pun comel. Kecik pun kecik, harga pun tak de lah mahal sangat kot.(orang kaya bila bersuara). Cukuplah untuk mak&ayah aku naik, yang lain kalau nak ikut nanti aku sewa bas, tak payah nak menyibuk naik dengan aku ea. Wa.. sombongnya kau, aku bakar muka kau nak?


mini cooper, yeyyey, mini cooper. Eee.. Comelnya. Geram aku, nak-nak pulak warna kuningkan. Jangan tiru ea.Hehe


Itulah antara impian yang aku nak sangat tunaikan tapi tak mungkin akan tertunai. Yang lagi dua permintaan tu aku simpan je. Mungkin aku akan pilih pergi melancong kat luar negara dan satu lagi tu belum terfikir nak menyimpang kemana. Yang pergi makkah tu insyaallah akan tertunai. Tapi yang Hello Kitty house tu? Mini cooper tu? Boleh ke? Impossible la wey. Berangan saja-saja lah kau! Well, korang jangan salah faham ea. Aku masih berpijak di bumi yang nyata. Itu hanya impian sahaja,  jadi kenyataan atau tak belakang kira. Yang penting aku ada angan-angan. Korang pun mesti ada jugak betul tak? 
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, dah cukup sempurna hidup dan keselesaan yang Allah bagi, untuk jadi kaya, hanya sekiranya aku di beri peluang, tapi aku lagi selesa hidup macam ni kot! Kaya tak kaya, miskin pun tak. Sedang elok je. Sebab aku tahu, kalau kita kaya itu mungkin ujian yang paling besar untuk kita and seriously aku tak nak ada kat tempat tu, walaupun kita cakap yang kita tak kan sombang dan tak kan lupa daratan, tapi sekuat mana iman kita untuk nafsu dan kehendak kita. Aku selasa dengan hidup aku sekarang, aku tak pernah merungut pun setakat ini. Alhamdulillah. Dan aku harap korang kat luar sana pun sama macam aku ok. Chilll=)


P/s: Apa sahaja yang tertulis di atas sana adalah rekaan semata-mata. Tak de kena-mengana antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Maafkan kalau ada tersilap kata, tersalah tulis sebabnya aku hanya manusia biasa. Kesilapan memang taak pernah lari sari hidup aku. Wassalam..

Friday, March 25, 2011

Celebrity oh Celebrity

                 Assalamualaikum..


Entry yang aku nak tulis kali ni takde lah penting mana, saja menggedik cerita-cerita. Boring kot. So, aku nak kongsi pasal celebrity yang aku suka sangat-sangat sampai terbawak dalam mimpi. Aku kalau minat sorang artis ni, menggoogle malam-malam pun sanggup, asalkan dapat tengok muka dia puas-puas.


 Tom cruise.. hensem kan?? Bagi aku, ni la rupa dia yang paling menambat hati kot!


Masa aku baru-baru nak masuk sekolah menengah, aku memang tak kenallah siapa Tom Cruise ni, sebabnya aku mana ada layan sangat artis-artis barat ni, kalau ada pun, macam-macam tu je, tak delah sampai macam sekarang ni, pantang tengok pelakon yang hansem kat tv, terus berlari macam lipas kudung masuk bilik than search kat google.haha! Bila member cerita je pasal dia, aku buat muka loser. Memang tak kenal gila aku cakap dengan kau. Tapi masa tu tak kan nak cakap yang aku tak kenal an, nanti di kata pulak buta dunia hiburan. Tak nak aku. But now, bila aku rajin tengok cerita omputih, rajin menggoogle, baru aku kenal siapa dia. Memang hensem yang tak dapat di gambarkan. Sungguh indah ciptaan Mu ya Allah. Ha..tu lah kau, orang dah ada kat bulan, kau masih lagi terhegeh-hegeh kat darat lagi. Ok! terus dengan perangai yang entah pape kau tu!


          jonhy depp! pun ciptaan allah yang paling indah.


Aku selalu berangan nak jumpa dengan Jonhy Depp. Aku pun tak paham kenapa! Bila aku dah suka, semua benda aku nak tahu pasal dia, mana tempat tinggal dia, besar mana rumah dia, kereta apa yang dia pakai, banyak mana aset yang dia ada, dengan siapa dia selalu tidur(orang barat kan..tak sah tak de adat tidur-tidur ni) kalau boleh, wedding dia pun aku nak pergi.(layakla sangat kan)hehe!


orlando bloom. apa lagi aku nak cakap ni? hensem jugaklah!


Dia ni pun masalah jugak kat aku. Cuba kau suka kat aku, kan bagus!haha. Memang takla kan. Papehal biar aku cakap sorry dulu, sebabnya aku memang rakus sikit kalau nampak lelaki hensem macam ni, semua nak suka. Hai.. Nama pun berhak memilih kan. So, apa salahnya aku pilih siapa-siapa yang aku suka, dia nak suka kat aku ke tak, tu belakang kira ok! Ada aku kesah!! Dia nampak hensem bila macam nilah. Tengok tu, humangaii, sweet lak ai. Muka macam budak-budak je. Makluman ea. Puas aku menggoogle dan hasilnya, aku puas dengan photo dia yang ni. Muka dia yang ni buat mata aku jadi tak tenteram, nak pandang banyak kali. Well, lain orang lain cerita rasa, kalau cita rasa aku tak sama dengan korang, jangan nak salahkan aku pulak ea. Korang google sendiri nanti. Hehe.




Akhir sekali, ashton kutcher. Kalau yang ni korang cakap tak hensem, mungkin korang ada masalah dengan dia. Dengan rupa dia, aku tahu semua orang mengakui tentang ketampanan wajah yang di miliki. Ceh.. Bm sungguh ayat mu fika! Nak-nak pulak photo dia yang ni, pakai suit. Fuh~ memang macho la kan. Aku nak cakap apa lagi? Dia memang memenuhi cita rasa semua wanita. Cuma cerita dia je aku jarang join sebabnya tak de masa nak tengok wayang, kalau free sikit pun tengok trailer kat utube. Sedih gila an?Kepada  Ashton, even aku jarang tengok lakonan kau, tapi aku tetap minat kau. Even masa tu kau tengah melalak dan meraung dengan muka paling hodoh sekalipun, kau tetap haensem kat mata aku. Hehe. Banyak bermadah kau ea. Lempang nak?


Even aku jarang support artis mesia, tapi aku tetap ada idola aku tersendiri.(ayat selamat supaya tak di anggap lupa daratan) Lagipun, aku sokong artis barat bukan fanatic sangat sampai berhabis duit nak tengok konsert diorangla, sanggup berhabis beratus-ratus semata-mata nak jumpa diorang sedangkan tak dapat jumpa pun. Minat aku, minat macam-macam tu je. Baik aku simpan duit tu pergi shoppig lagi bagus! Artis mesia pulak banyak mengundang kontroversi, so aku malas nak join. Melodi pun kadang-kadang je aku tengok, tu pun kalau dah tak de cerita sangat. Dulu aku minat Zakuan Adha, habis dia dah ada Ayu sekarang, malas nak suka lagi dah. =)

Sahabat!! Ceritara kita...

Salam. . . .


           papehal gua letak gambar dulu, hehehe.....


   Hari ni aku nak cerita pasal kawan-kawan aku masa kat sekolah dulu. Tak delah 'dulu' sangat tapi dah lama jugakla, zaman sekolah kan. Kat sekolah aku ada 3 orang kawan, kat rumah memang tak de kawan langsunglah, sebabnya aku kat rumah macam katak bawah tempurung, duduk rumah je, tak bercampur dengan orang langsung. Kat sekolahlah aku banyak habiskan masa borak dengan kawan-kawan aku. Masa kat sekolah dulu, aku kawan dengan semua orang tapi bila bab berkongsi rahsia, bukan taste aku lah nak berkongsi ramai-ramai kan! 3orang jelitawan ni lah yang banyak bagi sumbangan berupa semangat kat aku, dioranglah kawan masa aku susah, masa senang dan masa aku nak mengumpat. hahaha(ketawa jahat). Hebatnya diorang kat mata aku ni sebab diorang paham apa yang aku rasa, dan pada masa yang sama diorang banyak bagi pendapat yang kebetulan sama pendapat dengan aku. Apa yang aku fikir sama dengan apa yang diorang fikir. Pendek kata, diorang memang terbaiklah!!


   Dengan adanya diorang aku rasa bersemangat nak pergi sekolah,bukan nak cakap aku pemalas sekolah, tapi at lease bila ada kawan nak gossip rasa tak de lah boring sangat sekolah tu kan. Pagi-pagi, bila nak pergi sekolah je,mesti aku malas, masa tu barulah merungut 'bilalah nak abis sekolah ni, nak pegang duit sendiri, nak kerja, tak payah buat kerja sekolah lagi, tak payah nak bangun malam-malam study. boring kot..' dan bila sekolah dah abis, barulah gedik cakap 'rindu nak sekolah balik, rindu nak gossip dengan kawan-kawan', u know what! Tiap kali aku datang sekolah, mesti ada topic yang nak kitorang bualkan. Ada je benda nak cerita, aduh! Memang bestla. Kadang-kadang benda yang tak de kena-mengena dengan kitorang pun nak jugak jadikan gossip hawt. Bila zaman tu berlalu je, rasa sunyi yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Rasa nak gelak macam dulu pun jadi kurang. Bila aku start kerja, rasa tak sama sangat dengan suasana zaman sekolah. Dengan member yang tak sekepala lagi. Nak merungut pun dah tak guna, sebab benda yang dah berlalu akan tetap berlalu.




          ha...nilah kawan-kawan aku. cantik kan?? korang ada?? hahaha


    Yang kat ujung belah kanan tu nama dia shafiq. Nak ke aku cerita pasal dia? Taknak lah! Nanti korang jeles pulak kan. Dari tepi belah kiri fika,(tapi aku selalu panggil leader je), biha, capik than ikin. Si capik ni macam biskut sikit, kejap ada dengan kitorang, kejap pergi tempat lain. Al-maklumlah, lelaki bukan ramai pun dalam kelas aku tu, 2orang je so, tu yang kejap-kejap hilang entah kemana, cari awek cun-cun. hehehe.. biha jangan marah aku tau!!

    Bila rasa boring je, mulalah kitorang tarik kerusi ramai-ramai, berkumpul kat meja aku. Meja aku, ikin dengan biha. Haa.. Dah nama pun kawan baik kan, meja pun mesti sederet babe. Pastu, bentanglah satu persatu gossip yang kitorang dah sediakan kat rumah satu persatu, ada yang cerita pasal jiran, cerita pasal masalah dengan bf, macam-macam lagilah! Hai.. Nama pun perempuan, mana pernah lari pada gossip kankankan?? Si capik pulak duduk depan kitorang, kadang-kadang join jugak tarik kerusi masa kitorang gossip-gossip. Bila  cikgu masuk je, dia pandai cover line untuk kitorang.(cikgu percaya dia babe) Time cikgu mengajar, kitorang tak payah risau cikgu marah, sebab capik ada untuk beri sepenuh perhatian kat depan. Tu yang kadang-kadang kitorang message-massage pakai kertas cikgu tak perasan sangat sebab capik memang cover line TERBAIK punya!!


     ni lah capik yang aku maksudkan(untuk wajah yang lebih jelas)


      Masa lower form aku dengan member-member memang tak rapat dengan dia, sebabnya kitorang tak kenal lagi perangai dia, so buat apa nak kawan kan?hehehe. Tak delah. Masa lower form waktu singkat, dia pun masuk masa kitorang dah abis orentasi, mana ada masa lagi nak kenal-kenal. Lower form pulak aku ada 4orang kawan, tapi bila abis je lower form, dia dapat tawaran sambung U, tinggallah 3orang. Sungguh sedih dengan perpisahan itu! Nasiblah aku simpan gambar kau maz. Tapi tak pe. Kau tetap segar kat ingatan even kita jarang contact.


korang ikin,biha,fika, aku sayang sangat kat korang(capik tak payah ea)aku selalu doa yang terbaik untuk korang gak.


                                  ikin! kawan aku sampai bila-bila


         sama dengan 2orang cute-cute ni. sayang korang..


    Satu lagi sebelum aku terlupa, miss nuri syazwani. Miss yang hawt dan terbaik pernah aku kenal. Selalu bawak jalan. Hehehe. Nuri, aku sayang kau jugak. Jangan cakap yang aku lupa kau even pic kau tak de kat sini ea. LOVE all my dear friend...


p/s: Sekian sahaja untuk hari ini dari aku. Susungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang memuaskan ini datang dri diri aku sendiri.. wassalam...