Friday, March 25, 2011

Sahabat!! Ceritara kita...

Salam. . . .


           papehal gua letak gambar dulu, hehehe.....


   Hari ni aku nak cerita pasal kawan-kawan aku masa kat sekolah dulu. Tak delah 'dulu' sangat tapi dah lama jugakla, zaman sekolah kan. Kat sekolah aku ada 3 orang kawan, kat rumah memang tak de kawan langsunglah, sebabnya aku kat rumah macam katak bawah tempurung, duduk rumah je, tak bercampur dengan orang langsung. Kat sekolahlah aku banyak habiskan masa borak dengan kawan-kawan aku. Masa kat sekolah dulu, aku kawan dengan semua orang tapi bila bab berkongsi rahsia, bukan taste aku lah nak berkongsi ramai-ramai kan! 3orang jelitawan ni lah yang banyak bagi sumbangan berupa semangat kat aku, dioranglah kawan masa aku susah, masa senang dan masa aku nak mengumpat. hahaha(ketawa jahat). Hebatnya diorang kat mata aku ni sebab diorang paham apa yang aku rasa, dan pada masa yang sama diorang banyak bagi pendapat yang kebetulan sama pendapat dengan aku. Apa yang aku fikir sama dengan apa yang diorang fikir. Pendek kata, diorang memang terbaiklah!!


   Dengan adanya diorang aku rasa bersemangat nak pergi sekolah,bukan nak cakap aku pemalas sekolah, tapi at lease bila ada kawan nak gossip rasa tak de lah boring sangat sekolah tu kan. Pagi-pagi, bila nak pergi sekolah je,mesti aku malas, masa tu barulah merungut 'bilalah nak abis sekolah ni, nak pegang duit sendiri, nak kerja, tak payah buat kerja sekolah lagi, tak payah nak bangun malam-malam study. boring kot..' dan bila sekolah dah abis, barulah gedik cakap 'rindu nak sekolah balik, rindu nak gossip dengan kawan-kawan', u know what! Tiap kali aku datang sekolah, mesti ada topic yang nak kitorang bualkan. Ada je benda nak cerita, aduh! Memang bestla. Kadang-kadang benda yang tak de kena-mengena dengan kitorang pun nak jugak jadikan gossip hawt. Bila zaman tu berlalu je, rasa sunyi yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Rasa nak gelak macam dulu pun jadi kurang. Bila aku start kerja, rasa tak sama sangat dengan suasana zaman sekolah. Dengan member yang tak sekepala lagi. Nak merungut pun dah tak guna, sebab benda yang dah berlalu akan tetap berlalu.




          ha...nilah kawan-kawan aku. cantik kan?? korang ada?? hahaha


    Yang kat ujung belah kanan tu nama dia shafiq. Nak ke aku cerita pasal dia? Taknak lah! Nanti korang jeles pulak kan. Dari tepi belah kiri fika,(tapi aku selalu panggil leader je), biha, capik than ikin. Si capik ni macam biskut sikit, kejap ada dengan kitorang, kejap pergi tempat lain. Al-maklumlah, lelaki bukan ramai pun dalam kelas aku tu, 2orang je so, tu yang kejap-kejap hilang entah kemana, cari awek cun-cun. hehehe.. biha jangan marah aku tau!!

    Bila rasa boring je, mulalah kitorang tarik kerusi ramai-ramai, berkumpul kat meja aku. Meja aku, ikin dengan biha. Haa.. Dah nama pun kawan baik kan, meja pun mesti sederet babe. Pastu, bentanglah satu persatu gossip yang kitorang dah sediakan kat rumah satu persatu, ada yang cerita pasal jiran, cerita pasal masalah dengan bf, macam-macam lagilah! Hai.. Nama pun perempuan, mana pernah lari pada gossip kankankan?? Si capik pulak duduk depan kitorang, kadang-kadang join jugak tarik kerusi masa kitorang gossip-gossip. Bila  cikgu masuk je, dia pandai cover line untuk kitorang.(cikgu percaya dia babe) Time cikgu mengajar, kitorang tak payah risau cikgu marah, sebab capik ada untuk beri sepenuh perhatian kat depan. Tu yang kadang-kadang kitorang message-massage pakai kertas cikgu tak perasan sangat sebab capik memang cover line TERBAIK punya!!


     ni lah capik yang aku maksudkan(untuk wajah yang lebih jelas)


      Masa lower form aku dengan member-member memang tak rapat dengan dia, sebabnya kitorang tak kenal lagi perangai dia, so buat apa nak kawan kan?hehehe. Tak delah. Masa lower form waktu singkat, dia pun masuk masa kitorang dah abis orentasi, mana ada masa lagi nak kenal-kenal. Lower form pulak aku ada 4orang kawan, tapi bila abis je lower form, dia dapat tawaran sambung U, tinggallah 3orang. Sungguh sedih dengan perpisahan itu! Nasiblah aku simpan gambar kau maz. Tapi tak pe. Kau tetap segar kat ingatan even kita jarang contact.


korang ikin,biha,fika, aku sayang sangat kat korang(capik tak payah ea)aku selalu doa yang terbaik untuk korang gak.


                                  ikin! kawan aku sampai bila-bila


         sama dengan 2orang cute-cute ni. sayang korang..


    Satu lagi sebelum aku terlupa, miss nuri syazwani. Miss yang hawt dan terbaik pernah aku kenal. Selalu bawak jalan. Hehehe. Nuri, aku sayang kau jugak. Jangan cakap yang aku lupa kau even pic kau tak de kat sini ea. LOVE all my dear friend...


p/s: Sekian sahaja untuk hari ini dari aku. Susungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang memuaskan ini datang dri diri aku sendiri.. wassalam...

0 comments: