Saturday, March 26, 2011

Impian.. Impian.. dan Impian??

Assalamualaikum...=)


Aku memang bersemangat sikit nak tulis hari ni sebabnya aku nak kongsi apa yang aku rasa bila aku berpeluang untuk menunaikan impian aku sendiri. Semua orang ada impian tersendirikan? Tipulah kalau korang tak de impian. Cuma bezanya tunai atau tak je impian kita tu. Aku selalu berangan nak jumpa Prince Charming yang boleh bawak aku untuk menunaikan impian aku ni. Maaflah kalau aku bersikap metralistik sikit, tapi rak salahkan aku mempunyai jiwa sebegitu? Sebabnya aku tahu yang semua orang mempunyai cita rasa yang sama macam aku, so, tak payah nak nafikanlah wey. Hehe. Ok, stop kat sini sebabnya aku bukan nak cerita pasal lelaki tapi nak cerita pasal apa yang aku nak dalam hidup ni kalau aku ada peluang untuk tunaikan impian aku tu.


Kalau tiba-tiba ada orang kaya datang jumpa aku than tanya apa yang aku nakkan dalam hidup ni and dia bagi aku 3peluang untuk pilih(macam cerita aladdin sikitla) aku akan pilih dengan rakus dan tanpa menoleh kebelakang. So, suka kau lah kalau nak cakap aku berlagak ke, sebabnya aku bukan pedulik pun dengan semua tu(muka jahat,kalau macam ni memang takla kau dapat tunaikan impian kau). Pertama aku akan pilih untuk jadi kaya. Bila dah kaya aku boleh beli apa yang aku suka. Tak payah susah-susah nak cari duit lagi kan? Than aku dah survey apa yang aku nak beli bila duit yang berbillion-billion jadi hak milik mutlak aku. Jom check..


Hello Kitty House yang tak salah aku ada kat Jepun kot! Aku pun tak pasti.(jangan salahkan aku kalau ter auta ea)


Cantik tak? Aku respect dengan hiasan dalaman dia yang penuh dengan cartoon Hello Kitty. Sofa Hello Kitty, ruang tamu Hello Kitty, bilik tidur Hello Kitty, senang kata semualah Hello kitty. Kalau aku dapat rumah ni, sumpah aku takkan keluar rumah. Biarlah orang kata aku tak bercampur orang sekalipun. Aku ada rumah, rumah aku cantik. Kau nak kata aku budak-budak pun aku dah tak kisah sebabnya aku tahu, kau pun nak rumah macam ni kan? Sakit hati? Lu pikirlah sendiri. Hehe. (Aku pun tengah sakit hati ni sebabnya aku pun tak boleh dapat rumah cantik macam ni). 


Ok, duit aku banyak lagi so, aku boleh tamak memilih. Dalam tamak-tamak ni pun, ada jugak tersimpan sedikit unsur keislaman supaya aku tak de lah nampak macam tak bersyukurkan? Aku pun ada hajat nak bawak parents aku pergi makkah, sebabnya memang sunat untuk orang yang mampukan. Membahagiakan parents adalah satu-satunya impian aku yang masih dalam proses untuk tercapai. Melihat mereka tersenyum dari setiap sudut, tanpa memikirkan masalah yang bakal melanda. Tak de sebab nak mengalirkan air mata. Pengorbanan mereka terlalu besar dan masih belum mamapu untuk aku balas. Mak, ayah. Adik sayang sangat dengan mak&ayah. Semoga Allah menjadikan aku anak yang soleh sampai bila-bila walaupun kadang-kadang aku ada membidas kata-kata mereka. Aku pu tak tahu kenapa, mungkin di sebabkan darah remaja yang wujud dalam jiwa aku ni agaknya.


Lambaian kaabah. Memang menjadi impian ibu dan bapa untuk melangkah ke tempat ini. Sungguh indah ciptaanmu ya Allah.


Bila dah ada rumah, boleh bawak mak&ayah pergi makkah, tak lengkaplah kalau tak de kereta kan? Duit dah banyak, kereta pun tak mampu nak beli ke? Nanti nak pergi mana-mana, kena hujan, kulit jadi hitam kena panas tahu lah! Dala sekarang hujan tak baik untuk kesihatan, lainlah macam hujan dulu-dulu, segar lagi, sebab tak banyak pembinaan. Jangan kedek la wey!! Ceh..Bagi ceramah kesedaran jap! Hehe.
Aku ada angan-angan nak pakai mini cooper. Sesuailah dengan aku ni, tak payahlah nak mewah-mewah sangat, nanti kena rompak baru tahu! Comel pun comel. Kecik pun kecik, harga pun tak de lah mahal sangat kot.(orang kaya bila bersuara). Cukuplah untuk mak&ayah aku naik, yang lain kalau nak ikut nanti aku sewa bas, tak payah nak menyibuk naik dengan aku ea. Wa.. sombongnya kau, aku bakar muka kau nak?


mini cooper, yeyyey, mini cooper. Eee.. Comelnya. Geram aku, nak-nak pulak warna kuningkan. Jangan tiru ea.Hehe


Itulah antara impian yang aku nak sangat tunaikan tapi tak mungkin akan tertunai. Yang lagi dua permintaan tu aku simpan je. Mungkin aku akan pilih pergi melancong kat luar negara dan satu lagi tu belum terfikir nak menyimpang kemana. Yang pergi makkah tu insyaallah akan tertunai. Tapi yang Hello Kitty house tu? Mini cooper tu? Boleh ke? Impossible la wey. Berangan saja-saja lah kau! Well, korang jangan salah faham ea. Aku masih berpijak di bumi yang nyata. Itu hanya impian sahaja,  jadi kenyataan atau tak belakang kira. Yang penting aku ada angan-angan. Korang pun mesti ada jugak betul tak? 
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, dah cukup sempurna hidup dan keselesaan yang Allah bagi, untuk jadi kaya, hanya sekiranya aku di beri peluang, tapi aku lagi selesa hidup macam ni kot! Kaya tak kaya, miskin pun tak. Sedang elok je. Sebab aku tahu, kalau kita kaya itu mungkin ujian yang paling besar untuk kita and seriously aku tak nak ada kat tempat tu, walaupun kita cakap yang kita tak kan sombang dan tak kan lupa daratan, tapi sekuat mana iman kita untuk nafsu dan kehendak kita. Aku selasa dengan hidup aku sekarang, aku tak pernah merungut pun setakat ini. Alhamdulillah. Dan aku harap korang kat luar sana pun sama macam aku ok. Chilll=)


P/s: Apa sahaja yang tertulis di atas sana adalah rekaan semata-mata. Tak de kena-mengana antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Maafkan kalau ada tersilap kata, tersalah tulis sebabnya aku hanya manusia biasa. Kesilapan memang taak pernah lari sari hidup aku. Wassalam..

0 comments: