Saturday, April 9, 2011

Opinion :)

Assalamualaikum... :)



See! Dah jelaskan apa yang aku cuba sampaikan? Ok. Siryesly, ni pendapat aku je and sorry sangat-sangat kalau pendapat aku ni terlalu bercanggah dengan pendapat korang kat luar sana. Yang pasti apa yang sedang bermain di kotak fikiran aku ni sama seperti apa yang di katakan oleh anwar hadi. Tentang cara kita menyampaikan pesanan melalui sms atau dalam bahasa skemanya, sistem pesanan ringkas. Kalau nak ikutkan, aku pun kurang sedar tentang kepentingan menghargai bahasa kita ni, yela.. Konon bahasa orang yang berdarah remaja, cool kalau tulis macam tu. Ringkas dan yang penting mudah di fahami la, jimat masa la, tenaga la.Yang comel la tulis macam tu. Hello.. Korang rasa tulis dengan menambah-nambah huruf yang tak sepatutnya tu boleh jimatkan masa ke? jimatkan tenaga? Atau korang akan nampak comel dan cool bila tulis macam tu? Tapi masalahnya nampak ke muka kita dalam telefon tu kalau tulis message? Yang kata boleh nampak comel dan cool. Kalau 3G mungkinla, tapi guna message ke bila 3G tu? Tak kan? 


Aku memberi pendapat bukan sekadar menunding jari semata-mata, tapi adalah atas dasar kesalahan sendiri yang sememangnya baru menyedari tentang hakikat bahawa dengan menulis sebegitu kita tak akan nampak cool atau comel sedikit pun malah kita akan membuatkan orang rasa give up sangat message dengan kita sebab susah sangat nak tangkap apa yang kita tulis. So bila orang tak balas message kau tu, kau paham-paham sudah! Hehehe.. Ok. aku bagi contoh ayat ea.


Situasi 1:


Aku:  Wey, kow at(kat) manw(mane) ney? Aq nga tggu ko jew ney doe.
Die:   Oo. Yekew? Jap lg akuw sam5(sampai) la. Kow tggu jew kat situ.


Pelikkan!! Dengan huruf 'w' yang merayau-rayau tak tahu apa function nya. (bahasa aku dulu-dulu tu) memang tak de sebab langsunglah kalau nak cakap "aku jimatkan page r babe. Credit tak ramai(banyak) ni." Abis huruf 'w' tu jimat sangatlah page kau?? dengan perkataan sampai tukar ke sam5. Memangla ada part yang jimatnya tapi terkial-kial pulak nak paham kan. Kau bagi message nak suruh orang baca, kalau orang tak boleh baca dengan apa yang kau tulis, baik tak payah bagi je. Kau baca sendiri jela, tu lagi baik kan?? 


So, tak naklah tulis entry banyak-banyak sebab masalahnya aku pun sama macam ni. Apa yang Ahmad Hadi sampaikan dah cukup buat kita semua paham, betul tak?  Aku just boleh simpulkan, tak salah kalau kita tulis biasa-biasa je. Sederhana je babe, lagi nampak cool dan mudah untuk di fahami oleh semua golongan.(nasihat dari minah bajet) Tapi betul la, tak de yang specialnya tulis pelik-pelik macam tu, bila kita dah terbiasa, nanti nak bagi message kat parents dah susah pulak diorang nak paham. Ambik masa yang lama tu nak mengeja satu persatu apa yang kita tulis, kesian kat diorang. hm.. so tak de pun istilah jimat masa bila kita dah menaip bagai nak rak tu. Bagai nak cool dan nak comel tapi sebenarnya tak de orang pun ambil peduli pasal hal tu. Aku bagi pendapat bukan sebab aku dah cukup sempurna tapi sebab aku nak jadikan benda ni sebagai renungan kita bersama. Dan sama-sama jadikan panduan dalam kehidupan.=) Anyway Thanks Anwar Hadi. Anda memang betul-betul menyedarkan saya.(kau cakap macam tu sebab kau suka dia kan??) Hehehe


Oklah. Setakat ini dulu entry yang aku nak kongsikan dengan korang. Dan macam yang aku cakap, ini just pendapat, kalau korang rasa macam tak setuju apa yang aku sampaikan, minta maaf banyak-banyak. Aku pun macam tu dulu, lebih teruk kot. Tapi semenjak lahirnya semangat 1Malaysia ni aku baru sedar yang bahasa kita adalah bahasa yang melambangkan jiwa bangsa, so tak de sebab kita nak musnahkannya dengan huruf yang tak sepatutnya kan3?? Apa-apa pun yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk tu sememangnya datang dari diri yang serba kekurangan ini.


Wassallam.....