Sunday, March 27, 2011

Travel with My Big Family (tak de lah Bigg sangat) Huhuu

Assalamualaikum....=)


Sebelah tu gambar aku masa naik bot, sebelah lagi kat zoo. Saje tepek muka dulu.Hehe


Setelah berminggu-minggu menanti dan menunggu, akhirnya hari itu tiba jugak. Hang out with my family. Yeyyy, best gila. Dah lama tak keluar sama-sama, mana taknya, my dad sibuk kerja, dapat cuti pun jarang-jarang, so masa ni lah nak luangkan masa dengan family.=) My mom pulak biasa la dengan bisnes dia, kalau hari biasa tu memang jarang nampak duduk kat rumah. Aku?Hehe. Hari-hari ada kat rumah, kalau orang nak ajak keluar hari biasa pun tak de hal la. On aje. Anytime babe.=)
Kitorang planning nak pergi melaka je, sebabnya aku sibuk sangat nak tengok bangunan sejarah kat situ. Before this memang selalu menepek muka kat situ tapi jalan-jalan, tengok wayang, shopping. Bila da keluar dengan family ni barulah wujud perasaan prihatin dengan sejarah silam. (pandai kau berlakon ea!!)
Than bila dah sampai melaka, tunaikan hajat mak aku nak bawak anak buah aku pergi zoo. Aku pun nak membantah tak boleh sebab sejak dia lahir, saham aku dah jatuh merudum! So, aku pun jadi budak-budak jap layan dia masuk sekali dalam tu tengok binatang.  Parents aku pulak 24hours lebihkan dia, mana-mana pergi semua pasal dia, makan pun lebihkan dia. (Sumpah jealous weyyy) Tapi nak buat macam mana, kau pun dah besarkan! Dah boleh kawin pun, nak jealous pehal!!


            happy family. adik beradik tak ramai pun 3orang je


Pasangan bahagia kat atas tu parents aku. Cool kan diorang? Yang pakai tudung purple tu akak aku yang sulung, yang snap dengan aku tu yang no2. Dalam adik beradik muka kitorang memang lain-lain sikit, kadang-kadang kalau keluar pun kitorang nampak macam member-member je. And ofcoz la dalam aku paling kurus sekali.Hehe. Berlagak kau ea?


                     yang baju merah tu anak buah aku


Oleh kerana adik-beradik aku semua perempuan so, dia jadi hero kat rumah. Dah macam putera raja pun ada. Apa yang dia buat tak boleh siapa pun bantah, kalau aku bantah sikit je, jap lagi aku kena belasah dengan mak aku. Tak adil kan?? Sedih weyy. Tapi kadang-kadang kalau dia degil sangat aku bagi je sebijik penampar, geram punya pasal. Tapi aku tetap sayang dia. Kalau pergi mana-mana, mesti belikan sesuatu untuk dia. Geram-geram pun tak sampai hati. Hehe. Kalau beli mainan ke, kejap lagi jahanam la. Adoi!! Membazir je beli untuk kau dik. Baik maksu topup je tadi. (nampak sangat tak ikhlas)
Tengok tu! Mak aku pegang tangan dia je, aku kat belakang di biar terkapai-kapai. Tak pegang tangan aku pun! Hmm.. Nak merajuklah camni(buat muka sengal jap!)


kak long, kak ngah than yang tengah tu lah aku(macamlah orang tak kenal kau!)


Tulah akak-akak aku yang kalau bergaduh bagai nak runtuh rumah di buatnya. Macam-macam benda boleh jadi isu nak gaduh! Biasalah perempuan kalau gaduh, mulut jadi senjata utama, kalau lelaki lainlah, mulut tak banyak, tangan dah naik dulu. Betul tak? Jarangla nampak adik-beradik tak gaduh. Bila dah gaduh, masing-masing tak nak mengalah. Kalau aku nak mengalah memang tak la kan. Mintak maaf banyak-banyak. Tu yang boss besar marah sangat tu. Nak buat macam mana, kadang-kadang ada je benda yang sakit hati. Tapi selalu kitorang kalau gaduh tak sampai seminggu pun, hari ni gaduh, besok baik balik. Hehe. Memang standard lah tu kan.


ni ha hero power rangers tu! pedang tu pun beli dah berapa ringgit. dengar cakap kau jelah ni kan??


eh..eh.. Kenapa mak kau nampak lagi cantik dan hawt berbanding kau? Mestilah. mak aku memang lagi-lagi cantik dan hawt berbanding aku, baru tahu ke??


saje nak letak muka dan spek mata yang gedabak ni, kalau ada yang sakit jantung jangan clik for the large size tau, terkejut pulak nanti. Hehe


wa.. hansemnya bapak aku pakai rayban. Hehe. mak, gelang tu cover-cover sikit ea. ^_^ i love u both so-so much..


Saje letak gambar yang ni, biar korang dapat tengok dekat-dekat akak aku yang ni sebabnya dia ni memang susah sikit nak tangkap gambar, nah! Hamek kau!!




Sekian wassalam..